Kehidupan peribadi Sharul Kamal

Dalam satu temu bual bersama Harian Metro pada 2018, Sharul mengakui dia pernah mengalami kemurungan sehingga berat badannya turun mendadak selepas berasakan dirinya seperti dipinggirkan di dalam industri muzik. Berkat dorongan dan sokongan keluarga, beliau kembali bangkit meneruskan kerjaya nyanyiannya.[21]

“Keluarga saya sangat menyokong apa saja saya lakukan. Mereka sanggup membantu jika saya menghadapi masalah kewangan. Mendengar kata-kata selain melihat wajah mereka, terus saya tersedar. Saya fikir bodoh jika cepat mengalah. Tambahan pula saya teringat saat saya bersusah payah menyertai uji bakat AF. Bagaimana bersemangatnya saya mahu menyertai pertandingan nyanyian itu. Mulai saat itu, saya terus bangkit dan enggan mempedulikan kata-kata orang. Saya kena keluar dari persembunyian dan tidak musnahkan impian ini.”


Pada Februari 2020, Sharul dikejarkan ke hospital selepas disyaki mengalami simptom influenza MERS CoV atau COVID-19 ketika baru pulang menjalani penggambaran program Travelog Backpackers musim kedua di Mesir dan Arab Saudi.[22] Bagaimanapun, hasil keputusan ujian saringan menunjukkan beliau negatif virus itu.

Sharul meluahkan rasa syukur selepas ibunya, Maznah Baba mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Perkongsian yang dimuat naik menerusi laman Twitter miliknya itu mengundang pelbagai respon positif daripada peminat.[23]

Rujukan

WikiPedia: Sharul Kamal https://www.budiey.com/kembara-balkan-sharul-kamal... https://www.budiey.com/senarai-pemenang-akademi-fa... https://www.budiey.com/sep-bunga-tersingkir-dari-m... https://www.facebook.com/iamsharulkamal https://gempak.com/berita-terkini/tak-dapat-masuk-... https://iluminasi.com/bm/biodata-penyanyi-dan-pela... https://www.instagram.com/sharulkamal_/ https://ohbulan.com/saingan-sengit-immortal-songs-... https://twitter.com/smugglegreen https://utusantv.com/2021/10/06/dunya-band-baru-sh...